Assalamualaikum WBT...salam ukhuwah buat sahabat-sahabat yang disayangi Allah sentiasa. Apa khabar imanmu hari ini, bacaan Al-Quranmu, Mathuratmu....
Insyaallah sama-sama kita muhasabah yukkk !!!! ^-^
Hari ini ada sedikit perkongsian buat kita semua...
Air Mata Terindah
1. Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.
2. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.
3. Air mata terindah mengalir kamu mengusir kawan-kawan yang berperangai buruk.
4. Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.
5. Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.
6. Air mata terindah mengalir semasa kamu berdoa dan sedar betapa banyaknya nikmat dariNya.
7. Air mata terindah mengalir semasa kamu menolong kesedihan manusia.
8. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama berpisah.
9. Air mata terindah mengalir semasa kamu mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW, di Masjid Nabawi dan rindu kepada beliau.
10. Air mata terindah mengalir semasa hatimu tersentuh dengan ayat-ayat al-Quran
11. Air mata terindah mengalir semasa kamu meperolehi redha kedua-dua orang tua mu.
12. Air mata terindah mengalir semasa kamu dapat bersama dengan insan yang kamu cintai kernaNya
13. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar Allah masih setia menyayangimu ketika orang lain membencimu.
14. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar siapa kamu, siapa tuhanmu, dan hati mu berbisik.. aku hamba Allah ! Allah tuhanku !14. Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah SAW insyaAllah.
Bestnya jika air mata itu hanya untuk Allah kan... :)