Jumaat, 29 Mac 2013

P.E.M.A.A.F.N.Y.A R.A.S.U.L.U.L.L.A.H. S.A.W

-Jom nak cerita satu kisah....... ^^

Pada suatu hari, ketika Baginda sedang berehat-rehat, seorang wanita Yahudi datang membawa hidangan  yang lazat berupa kambing panggang. Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah SAW amat gemar makan kambing panggang. Bahagian  kegemaran Baginda ialah paha kanan bahagian depan.Wanita tersebut menabur racun diatas kambing panggang itu. Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.

Melihat hidangan itu, Rasulullah SAW pun berasa lapar. Selepas membaca bismillah, Baginda memakan dengan begitu berselera sekali. Seorang sahabat Rasulullah, Bisyir  bin Barra bin  Ma'rur turut makan bersama. Namun sewaktu baginda  sedang mengunyah makanan itu, Baginda mendapat tahu tentang racun  yang ada pada anggota kambing tersebut. Rasulullah  SAW meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah. 

 Bisyir  bin Barra bin Ma'rur  menjadi korban. Sahabat  baginda meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut. Rasulullah SAW bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus-terang: "Aku mahu menguji kamu. Jika engkau seorang Rasul, sudah pasti engkau akan dapat petunjuk tentang perkara ini, tetapi jika  engkau hanya orang biasa, maka aku pasti berasa puas kerana dapat menyingkirkanmu kerana engakau membawa  banyak kemusnahan kepada kaum Yahudi.

Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian Baginda memaafkan wanita itu, Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu layak dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Ajaibnya sifat memaafkan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad  SAW. Hanya insan berhati mulia yang ingin mencontohi Baginda  dan mampu bernujahadah bersungguh-sungguh sahaja yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain.




-Mulianya sifat Rasulullah SAW walaupn sahabat baginda sendiri terkorban akibar perasaan dendam wanita Yahudi tersebut, Baginda tetap memaafkan wanita tersebut tanpa perasaan dendam sedikit pun.Yukkk!!! kita sama-sama didik hati kita untuk menjadi pemaaf, agak susah tapi kene usaha-

MUJAHADAH ITU PAHIT SEBAB SYURGA ITU MANIS ^^

*petikan daripada majalah Gen-Q Isu No.9 : Mengubat Jiwa Yang Kosong


Tiada ulasan:

Catat Ulasan