Assalamualaikum sahabat-sahabat yang diredhai Allah sekalian, moga Allah sentiasa melindungi kalian semua ^^ Jom hari ini kita berbicara tentang........HATI...mesti seronok kan... :)
"Hati besarmu boleh menipu wahai diri....tetapi hati kecilmu tidak mampu menipu diri sendiri. Hati kecilmu sentiasa tidak mampu menipu diri sendiri!!!... Dialah yang paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluann , bukan tujuan.....orang yang kuat ialah orang yang mengaku lemah dihadapan Allah. Dan cara mengaku lemah dihadapan Allah ialah dengan selalu berdoa kepadaNya. Orang yang kurang berdoa hakikatnya adalah orang yang sombong....seolah-olah terlalu kuat berhadapan dengan pancaroba hidup tanpa bantuan Allah.
Padahal orang yang paling kuat ialah orang yang mengatur tadbirnya bersandarkan takdirNya. Hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi dengan tangisan, dan diakhiri oleh tangisan. Itulah petanda kelemahan manusia. Apa yang tidak disangka....berlaku, apa yang dijangka....tidak terjadi. Itu menunjukkan ada kuasa disebalik semua rencana. Itulah kuasa Allah!!!!....
Bersangka baik dengan Allah...
Apa yang berlaku dalam hidupmu...semua rencana ALLAH
DIA mahu yang terbaik 'untuk hambaNYA...
BERMUJAHADALAH melawan hawa nafsu....
positifkan pemikiran
InsyaAllah Langkahmu akan lebih teratur.... ^^
MUJAHADAH ITU PAHIT..
KERANA SYURGA MANIS....^^
Dipetik daripada: BUKU "Dimana DIA Di Hatimu?
UST.MOHD PAHROL JUOI.
-SEKADAR PERKONGSIAN....SALAH DAN SILAP MOHON DIPERBETULAKN YE... ^^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan