Isnin, 8 April 2013

S.I.M.P.U.L.AN B.A.H.A.S.A

Assalamualaikum.... ^^
Hampir terpula terlupa pula saya tentang  tugasan sebelum tugasan video one shoot iaitu simpulan bahasa. ^^

Tugasan ini kami sekumpulan dapat serentak tetapi simpulan bahasa berjaya disiapkan terlebih dahulu.
Apa yang uniknya kami perlu mengayakan sepertimana simpulan bahasa itu gambarkan. Nampak sukar kan??  Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Pelbagai gaya yang kami buat untuk mengayakan simpulan bahaa terebut. Antara simpulan bahasa pilihan ialah tawar hati, bintang hati, hidung tinggi, gelap mata dan sebagainya.

Tugasan ini berjalan agak lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. walaupun timbul perasaan segan, tapi kami kuatkan diri juga untuk berlakon. maklumlah "first time". Tapi itulah pengalaman kan?? kalau tidak dicuba bagaimana  hendak mengetahui potensi diri kita. Sentiasa berani mencuba benda yang baru. Sebagai contoh menari dalam video one shoot sepertimana yang saya sentuh dalam entry sebelum ini.

Rasanya setakat itu sahaja perkembangannya. InsyaAllah akan ada entry terbaru dengan subjek yang penuh mencabar ini. Selamat maju jaya semua.


*Letakkan Allah dihadapan perjalanmu, InsyaAllah kajayaan akan menyusurimu.*

VIDEO ONE SHOOT BBM 3410



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di sayangi Allah sekalian. Semoga  harimu hari ini lebih bermakna dan bermanfaat. Juga semoga dipermudahkan urusan sahabat-sahabat sekalian. Moga imanmu makin bertambah dari hari ke hari. InsyaAllah.  Pada  hari saya ingin bercerita tentang pengalamn baru. Pengalaman yang tidak mungkin di dapati di mana-mana tempat kecuali Universiti tersayang, UPM dan juga fakulti tersayang, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Video one shoot adalah pengalaman baru yang kami perlu tempuhi dalam subjek BBM 3410, subjek yang paling digemari. Subjek ini sentiasa penuh dengan kejutan, tidak mengira masa, waktu dan tempat bersama pensyarah tersayang, Dr.Normaliza. Kumpulan saya, kumpulan 11 iaitu Wardatul Shaukah telah  memilih lagu Nirmala untuk video one shoot. Dalam tugasan ini kami perlu menari dan mengikut nyanyian dalam lagu tersebut. Agak mengejutkan, tetapi kami tahu yang kami boleh lakukan yang terbaik. InsyaAllah.

Sebelum pemilihan lagu ini, beberapa lagu telah disenaraikan antaranya ialah anak kampong, cerita hati, nazam berkasih dan sebagainya. Pada mulanya kami bersepakat memilih lagu nazam berkasih, nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza, sesi latihan pun telah dijalankan.  Akibat daripada beberapa factor yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa menukar lagu, penyanyi yang sama, Cuma lagunya yang berbeza. Lagu yang dipilih ialah “Nirmala”. Selepas itu sesi  latihan pun bermula. Saya kagum dengan sahabat-sahabat satu kumpulan, mereka semua gigih berlatih untuk menghasilkan video yang menarik. Usaha kan tangga kejayaan.

Pengalaman lain yang menarik yang ingin dikongsi ialah semasa sesi penggambaran. Pada awalnya kami ingin membuat penggambaran di padang Golf, tetapi tidak kesampaian kerana ada factor yang tidak mengizinkan. Kami redha dan bersepakat ingin meneruskan penggambaran di bukit Ekspo. Pemandangan di Bukit Ekspo sangat cantik. Seindah mata memandang. Selepas kami mendapat tempat atau kawasan yang agak sesuai, kami memulakan sesi latihan, tetapi malangnya “laptop” kami kehabisan “nyawa” . Jadi terpaksalah kami fikirkan cara yang lain iaitu dengan menggunakan “handphone’, tetapi malangnya semua “handphone” tiada lagu tersebut. Hendak di “bluetooth “ tidak dapat. Ujian.  Jadi, dua orang daripada kami bergegas pulang ke kolej untuk masukkan lagu “Nirmala”   ke dalam  handphone menggunakan  “USB”.

Sementara menunggu, kami bertiga berlatih, seorang daripada kami menyanyi,kami berdua pula berlatih menari. Sedang asyik berlatih tiba-tiba sebuah kereta berhenti, siap ambil  gambar lagi. Ya Allah malu bukan kepalang, hanya Allah saja yang tahu. Tapi kami hanya kuatkan diri, yang penting video itu sempat disiapkan. Alhamdulillah menjelang petang, sebelum asar, video kami siap dirakam. Alhamdulillah. Terima kasih kepada jurukamera yang comel cik Nur Nadia Rawi.

Setelah siap merakam,proses mengedit pula, Alhamdulillah dengan bantuan seorang rakan,kami mengedit video menggunakan Movie Maker. Setelah selesai mengedit, kami terus meng”upload” masuk kedalam youtube sabagaimana kehendak Dr.Normaliza. Perasaan ini berdebar ditambah pula dengan perasaan segan tentang penerimaan Dr.Normaliza dan kawan-kawan tentang video ini. Kami harapkan yang terbaik. Sebarang cadangan penambahbaikan dan krikan yang membina amat diperlukan.Biasalah budak baru belajar. Semoga semua urusan sahabat-sahabat dan kami sendiri sipermudahkan.InsyaAllah.  Nak dengar satu pantun. Mesti semua kawan-kawan sudah hadam pantun ini.




Mencuba sesuatu yang baru adalah meneroka pengalaman. Jadi jangan takut dan gentar mencuba benda yang baru. J

Isnin, 1 April 2013

H.A.T.I B.E.S.A.R V.S H.A.T.I K.E.C.I.L

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang diredhai Allah sekalian, moga Allah sentiasa melindungi kalian semua ^^ Jom hari ini kita berbicara tentang........HATI...mesti seronok kan... :)

 "Hati besarmu boleh menipu wahai diri....tetapi hati kecilmu tidak mampu menipu diri sendiri. Hati kecilmu sentiasa tidak mampu menipu diri sendiri!!!... Dialah yang paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluann , bukan tujuan.....orang yang kuat ialah orang yang mengaku lemah dihadapan Allah. Dan cara mengaku lemah dihadapan Allah ialah dengan selalu berdoa kepadaNya.   Orang yang kurang berdoa  hakikatnya adalah orang yang sombong....seolah-olah terlalu kuat berhadapan dengan pancaroba  hidup tanpa bantuan Allah. 

Padahal orang yang paling kuat  ialah orang yang mengatur tadbirnya  bersandarkan takdirNya. Hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi dengan  tangisan, dan diakhiri  oleh tangisan. Itulah petanda kelemahan manusia. Apa yang tidak disangka....berlaku, apa yang dijangka....tidak terjadi. Itu menunjukkan ada kuasa disebalik semua rencana. Itulah kuasa Allah!!!!....






Bersangka baik dengan Allah...
Apa yang berlaku dalam hidupmu...semua rencana ALLAH
DIA mahu  yang terbaik 'untuk hambaNYA...
BERMUJAHADALAH melawan hawa nafsu....
positifkan pemikiran
InsyaAllah Langkahmu akan lebih teratur.... ^^

MUJAHADAH ITU PAHIT..
KERANA SYURGA MANIS....^^
Dipetik daripada:  BUKU "Dimana DIA Di Hatimu?
UST.MOHD PAHROL JUOI.

-SEKADAR PERKONGSIAN....SALAH DAN SILAP MOHON DIPERBETULAKN YE... ^^