Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di sayangi
Allah sekalian. Semoga harimu hari ini
lebih bermakna dan bermanfaat. Juga semoga dipermudahkan urusan sahabat-sahabat
sekalian. Moga imanmu makin bertambah dari hari ke hari. InsyaAllah. Pada
hari saya ingin bercerita tentang pengalamn baru. Pengalaman yang tidak
mungkin di dapati di mana-mana tempat kecuali Universiti tersayang, UPM dan
juga fakulti tersayang, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Video one shoot adalah pengalaman baru yang kami
perlu tempuhi dalam subjek BBM 3410, subjek yang paling digemari. Subjek ini
sentiasa penuh dengan kejutan, tidak mengira masa, waktu dan tempat bersama
pensyarah tersayang, Dr.Normaliza. Kumpulan saya, kumpulan 11 iaitu Wardatul Shaukah
telah memilih lagu Nirmala untuk video
one shoot. Dalam tugasan ini kami perlu menari dan mengikut nyanyian dalam lagu
tersebut. Agak mengejutkan, tetapi kami tahu yang kami boleh lakukan yang
terbaik. InsyaAllah.
Sebelum pemilihan lagu ini, beberapa lagu telah
disenaraikan antaranya ialah anak kampong, cerita hati, nazam berkasih dan
sebagainya. Pada mulanya kami bersepakat memilih lagu nazam berkasih, nyanyian
Dato’ Siti Nurhaliza, sesi latihan pun telah dijalankan. Akibat daripada beberapa factor yang tidak
dapat dielakkan kami terpaksa menukar lagu, penyanyi yang sama, Cuma lagunya
yang berbeza. Lagu yang dipilih ialah “Nirmala”. Selepas itu sesi latihan pun bermula. Saya kagum dengan
sahabat-sahabat satu kumpulan, mereka semua gigih berlatih untuk menghasilkan
video yang menarik. Usaha kan tangga kejayaan.
Pengalaman lain yang menarik yang ingin dikongsi
ialah semasa sesi penggambaran. Pada awalnya kami ingin membuat penggambaran di
padang Golf, tetapi tidak kesampaian kerana ada factor yang tidak mengizinkan.
Kami redha dan bersepakat ingin meneruskan penggambaran di bukit Ekspo.
Pemandangan di Bukit Ekspo sangat cantik. Seindah mata memandang. Selepas kami
mendapat tempat atau kawasan yang agak sesuai, kami memulakan sesi latihan,
tetapi malangnya “laptop” kami kehabisan “nyawa” . Jadi terpaksalah kami
fikirkan cara yang lain iaitu dengan menggunakan “handphone’, tetapi malangnya
semua “handphone” tiada lagu tersebut. Hendak di “bluetooth “ tidak dapat.
Ujian. Jadi, dua orang daripada kami
bergegas pulang ke kolej untuk masukkan lagu “Nirmala” ke dalam
handphone menggunakan “USB”.
Sementara menunggu, kami bertiga berlatih, seorang
daripada kami menyanyi,kami berdua pula berlatih menari. Sedang asyik berlatih
tiba-tiba sebuah kereta berhenti, siap ambil gambar lagi. Ya Allah malu bukan kepalang,
hanya Allah saja yang tahu. Tapi kami hanya kuatkan diri, yang penting video
itu sempat disiapkan. Alhamdulillah menjelang petang, sebelum asar, video kami
siap dirakam. Alhamdulillah. Terima kasih kepada jurukamera yang comel cik Nur
Nadia Rawi.
Setelah siap merakam,proses mengedit pula,
Alhamdulillah dengan bantuan seorang rakan,kami mengedit video menggunakan
Movie Maker. Setelah selesai mengedit, kami terus meng”upload” masuk kedalam
youtube sabagaimana kehendak Dr.Normaliza. Perasaan ini berdebar ditambah pula
dengan perasaan segan tentang penerimaan Dr.Normaliza dan kawan-kawan tentang
video ini. Kami harapkan yang terbaik. Sebarang cadangan penambahbaikan dan
krikan yang membina amat diperlukan.Biasalah budak baru belajar. Semoga semua
urusan sahabat-sahabat dan kami sendiri sipermudahkan.InsyaAllah. Nak dengar satu pantun. Mesti semua
kawan-kawan sudah hadam pantun ini.
Mencuba sesuatu yang baru adalah meneroka
pengalaman. Jadi jangan takut dan gentar mencuba benda yang baru. J

Tiada ulasan:
Catat Ulasan